Tuesday, 10 April 2012

TRUE OR DARE?

Pasti ada segelintir yang dah tau pasal permainan ini kan? Bukannya nak menunjukkan kebudak-budakkan Amir & The Gang but actually this game is simple and fun! Hanya perwira dan srikandi yg berani je akan main game ni.. Seperti yang korang tau, dalam game iini pemain perlu memilih True or Dare.. Jika memilih True, pemain perlu menjawab soalan dengan jujur dan telus.. Alah, kalau kita tipu pun orang bukan tau pun.. Kalu pemain tu pilih Dare pulak, dia perlu membuat sesuatu arahan.. Seronok mengenakan orang.. Tp kalau dah kena diri sendiri, padan muka..

Jadinya, nak dijadikan cerita.. Geli hatila pulak nak citer.. Macam-macam soalan yang merapu keluar.. Tak kurang jugak mengenai hati dan perasaan kita terhadap seseorang.. So, masing-masing mengorek rahsia orang lain.. Banyak kot rahsia ttg orang lain yang Amir tau..

Tiba giliran Z, soalan yang diajukan dalah mengenai perasaan.. Z ni dulu pernah bercinta dengan H.. Kebetulan pulak H pun main game ni jugak.. Soalannya berbunyi...' Apa perasaan Z kepada H? ' Pada waktu itu semua orang excited nak tau.. Jadi Amir perhatikan je lah riak muka si H semasa mendengar jawapan si Z.. Muka si H ni cool je.. Tapi seolah-olah H ni mcam still menyimpan perasaan pada Z.. Tapi sejauh mana kebenaran mengenai tekaan Amir, hanya H sahaja yang tahu.. Mungkin H nak rahsia hatinya kekal menjadi rahsia..

So, sape nak main True or Dare dengan Amir??

1 comment: