Amir telah kehilangan kedua-dua nenda yang amat Amir kasihi.. Kesedihan ini ditambahkan lagi apabila saat mereka meninggal dunia, Amir tiada disamping mereka.. Ikutilah kisah duka dan lara ini.. Semoga kita peroleh seseuatu yang mampu menjadikan kita manusia yang bersyukur.. InsyaAllah.....
Kisah pemergian nenda sebelah Mama - kisah ini terjadi semasa Amir berusia 12 tahun.. Pada 12 Mei 2007, sebaik sahaja Amir pulang dari sekolah, suasana di rumah tidak seperti kebiasaannya.. Amir melihat Mama dengan sehelai tuala ditangan sambil mengesat air matanya.. Ayah pula sibuk mengemas pakaian ke dalam bagasi.. Mama memberitahu bahawa nenek sedang berada dalam keadaan nazak dan dimasukkan ke wad ICU.. Amir tidak mampu berkata apa-apa, sekadar mampu membayangkan wajah nenek.. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Amir di Batu Pahat, Johor, kami menerima panggilan daripada mak cik Amir, Haslinda.. Ya Allah, betapa sedih dan hibanya apabila kami diberitahu bahawa nenek sudah tiada.. Mama sememangnya tidak mampu menahan kesedihannya.. Air matanya semakin deras mengalir.. Aku tidak mampu menahan air mata ini daripada terus mengalir dan mengalir.. Hanya wajah nenek yang jelas terbayang dalam minda aku.. Setibanya kami di kampung, mayat nenek sudah dikafankan..
Kisah pemergian nenda sebelah Ayah - sebaik sahaja Amir selesai menjawab peperiksaan bagi subjek Sains (PMR) Amir terus pulang bersama sahabat Amir, Nur Wahidah.. Ayah Wahidah beritahu Amir bahawa keluarga Amir telah pulang ke kampung kerana ada kecemasan.. Bila masuk je dalam rumah benda pertama yang aku buat adalah menelefon Ayah.. Nenek sedang dalam keadaan nazak jelas Ayahku.. Selang beberapa minit, Ayah menelefon Amir semula dan menyatakan nenek sudah meninggal dunia.. Bayangkanlah, Amir yang keseorangan dirumah tetiba diberitahu berita ini.. Ya Allah, sedih sangat.. Keesokkan harinya, Amir pulang ke kampung dengan menaiki bas.. Sampai je di kampung Amir, mak cik Amir, Erni Kartika menyambut ketibaanku.. Jelas tepampang kesedihan diwajahnya.. Lagi-lagi hanya dia sahaja anak perempuan dalam keluarga sebelah Ayahku..
End of the story, Amir amat merindui mereka.. Banyak lagi kenangan bersama mereka yang tidak mampu Amir luahkan.. Biarlah ia menjadi memori sepanjang hayat Amir.. Kini, Amir rasa sangat rindu akan mereka.. Hanya al-Fatiha shj yang mampu Amir berikan sebagai pengubat rindu.. erm, I Love Them Much!!!!!!!!!
![]() |
Saat hati mulai merindui.. |
No comments:
Post a Comment