Wah.. Pasti ramai yang ternanti-nanti feed terbaru dari aku.. Haha.. Perasan je lebih.. Sebenarnya aku agak sibuk.. Ye ar.. Budak SPM la kan.. So busy la sikit.. Dengan photoshoot sana sini.. Okay.. Stop it Amir.. Hari ni nak citer pe erk.. Korang nak citer pe? Yang hot? Cool? Hangit? Beku? Semua ada.. But ingat hari ni nak citer pasal diri aku la.. Ok.. Mana-mana yang dah start bosan dipersilakan tukar siaran.. Wah!! Chill everybody!
![]() |
Oh! My lovey dovey.. |
![]() |
Mana aku? Dah aku photographer, mana nak adanya.. |
Baiklah peminat-peminat aku yang setia.. Semasa kecil-kecil dulu, time kurang matang tu.. Aku ni agak nakal ar jugak.. Nakal sikit je..
Nakal ok, bukan jahat!!
Alah, biasalah budak-budak lagi..
Aku start pandai menunggang basikal since usia aku 4 @ 5 tahun kot.. Ntah.. Tak berapa nak ingat sgt la kan.. Masa tu naik basikal yang kecik je la.. Memang aku ni masa tu lambat sikit kadar pertumbuhannya.. Bila dah pandai je..
Sorry to say la kan.. Mak dan ayah aku pun naik risau.. Pengalaman paling teruk jatuh masuk semak.. Pergh! Mmg gatal-gatal ar kan badan aku masa tu.. Dah la ada kerengga.. Masa tu mmg berjujuranlah air mata aku..
Masa sekolah rendah pulak, aku macam budak-budak lain.. Main kejar-kejar la kegemaran aku.. Time rehat je mmg berlari-lari la aku.. Terkejar-kejar cikgu mengejar aku.. Hahaha.. Time sekolah rendahla aku banyak enjoy.. Masuk prtandingan nasyid, pertandingan itu dan pertandingan ini.. Selalunya nasyid mmg group aku champion la kan..
![]() |
Sungguh kacak bergaya! |
Aku join lawatan sekolah ke Terengganu.. Mmg syiok!! Walau ke Terengganu aje.. Dan paling memalukan aku jatuh masa turun dari tangga.. Sangat memalukan..
Kalau u alls nak tau, ada ar sorang cikgu ni yang aku x berapa nak minat.. Sebab dia selalu marah aku.. Mana tak nye, dah kerja x pernah nak siap.. HikHik..
Yang paling seronok dapat RM 200 sebab dapat 5A dalam UPSR.. Cikgu Rohaizan yang bagi..
Masa budak-budak RM 200 tu besar ar jugak..
![]() |
Bukti kemenangan.. |
Berlalu sudah zaman kanak-kanak ribena, masuk sekolah menengah mula la nak menggatal.. Form 1 je dah nak menggatal.. Well, budak baru nak up.. Shhhh.. Jangan bagitahu orang lain okay! Kat sekolah menengah ni lain pulak style aku.. Aku dah tak layan dah nasyid-nasyid ni..
Aku mula masuk koir, syarahan, marhaban dan pidato.. Lagi seronok..
Tak lupa juga, Program Usahawan Muda.. SMK Jalan Kebun jadi Johan peringkat negeri ok.. Pastu naib johan peringkat kebangsaan.. Jangan pandang SMKJK sebelah mata tau..!! Masa form 4 msuk Bahas Ala Parlimen.. Jadi johan peringkat daerah dan naib johan peringkat negeri..
Mmg seronok la.. Tapi bila masuk form 5.. Hikhik.. Aku kena kawal sikit la aktiviti,, Tp macam dah tak terkawal dah ni.. Hahaha.. Dah la.. Malas la nak cakap banyak-banyak.. U alls baca la feeds aku yang lain pulak ye.. Bubbye..!
![]() |
Antara buku-buku kegemaran aku! |
No comments:
Post a Comment