Sunday, 22 April 2012

INI RAHSIA SAYA YE..

CARA-CARA MENCAPAI CITA-CITA


Menggapai cita-cita..

Bagi memastikan impian saya tercapai, saya akan melakukan pelbagai cara. Saya berharap dengan melakukan pelbagai cara ini, saya dapat mengecapi cita-cita saya.
Berikut merupakan cara-cara mencapai cita-cita:


I wish to be..
Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
 

Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan saya sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri saya akan timbul. 
Teruskan dan perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.

   
    2    Tuliskan Matlamat-Matlamat Saya


Matlamat mestilah kena ada..
     Baru hidup akan berwawasan.

.
Tulis matlamat atau cita-cita saya di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat saya. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi saya. 

Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat saya. Hasilnya saya tidak lagi merasa selesa selagi saya belum mencapai matlamat atau matlamat saya. Dalam keadaan demikian, sudah pasti saya ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita  itu saya dengan segara dan sebaik mungkin. 
3      Tetapkan Tempoh dan Bila Saya Akan Mencapai Matlamat 

Kaji tahap atau kedudukan saya sekarang berbanding dengan apa yang saya inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang saya perlukan untuk mencapai matlamat saya itu. Tetapkan bila matlamat tersebut mesti saya capai. 

                                                                                                                                                                                      Buat Perancangan 
     
Pengurusan masa amat penting..

Rancangkan  tindakan-tindakan saya. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini saya akan lebih yakin berapa lama masanya saya harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat saya itu akan saya capai. 


Perbaiki senarai aktiviti saya dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 



 Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu saya atasi.Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang saya akan perlukan untuk mencapai matlamat saya - misalnya  pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 

    Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda  

Sokong rancangan saya dengan keazaman (
Resolve) dan semangat tidak mengenal putus asa (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. 

Fokuskan segala perhatian dan tenaga saya untuk mencapai segala matlamat saya pada waktu yang saya sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. 
Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. Diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan
.



Peguam kerjaya pilihan saya..
Anda??

No comments:

Post a Comment