Apa yang terlebih? Sebenarnya.. Amir teringat kenangan semasa di darjah 5.. Masa tu budak-budak lagi.. Biasalah masa tu ada jamuan akhir tahun.. Masa tu seronok sangat.. Ye la.. Jamuan tahunan bukan untuk satu kelas, tapi satu darjah.. Bayangkan lah berapa ramai..
Jadi, untuk memeriahkan lagi jamuan ini, kami diminta membuat persembahan.. Alah, biasa lah tu.. Tapi kali ini luar biasa! For the first time, Amir kene buat persembahan tarian.. Opsss.. Bukan shuffle bukan techtonik atau break dance tp tarian tradisional.. Mencabar tak? Memang mencabar pun.. Kami berlatih hanya selama 2 minggu.. Masa tu dah tak belajar.. Dah lepas final year exam.. Seronok kot.. Pengalaman inilah yang membuatkan Amir tersengih-sengih bila imbas kembali..
Nama kumpulan kami Warisan.. Well, menarikan tarian warisan Melayu la katakan.. Kalau tak silap dalam 12 orang ahli dalam group kami.. Biasalah, mesti ada cabaran semasa practise.. Mula-mula, kami nak menarikan lagu raya.. Sebab masa tu, kat sekolah Amir tgh hot persembahan style macam tu.. Tapi, dah ada kumpulan yang buat.. Kami pun buntulah masa tu, tak tau nak buat persembahan apa.. Kemudian, ada seorang cikgu cadangkan kami buat persembahan tarian tradisional.. Mula-mula tu kami ingat kami salah dengar rupanya tak.. Memang dia cabar kami buat persembahan tradisional..
Jadi kitaorang pun rasa tercabar la kan.. Cepat-cepat cari lagu yang sesuai.. Finally, kami pilih lagu Dato' Siti Nurhaliza.. Tajuk apa tu tak pasti.. Pusat latihan kami ialah rumah Shazril.. One of my best buddies.. Nasib baik u alls, kakak saudara Shazril ni pernah masuk pertandingan tarian.. Dialah yang banyak meberikan idea dan melatih kami.. Pada awalnya, agak kekok la.. Tapi dah hari-hari berlatih, celah gigi je.. Warning! Jangan ingat menari tradisional ni senang! Lagi susah dari shuffle.. Cho-chop.. Aku tau shuffle ke?? Hik-hik..
Satu hari tu seharian kami berlatih.. Memang bersungguh-sungguh la.. Pastu dapat pulak team yang beri komitmen 100%.. Memang terbaikk la.. Sehari sebelum hari persembahan kami kene buat persembahan depan beberapa orang guru.. Pergh! Terkejut gila bila cikgu-cikgu tu puji persembahan kitaorang.. Ada yang sampai rakam persembahan kami.. Pastu, timbul masalah kostum.. Masing-masing nak bg idea.. Nak pakai tu, nak pakai ni.. Sabar je lah.. Alih-alih, kostum kami, yang lelaki macam nelayan, yang perempuan pakai kain batik.. Seperti yang dijangka persembahan kami memang mendapat tarikan dan perhatian para pelajar.. Bahkan guru-guru juga..
Just one word! Awesome!
Ini contoh gambar je ye.. Jangan tertipu! |
Konon-kononnya gambar kami sedang berlatih.. Nampak benar menipunya! |
No comments:
Post a Comment