Sunday, 29 April 2012

BESTNYA HARI KANTIN SMK JALAN KEBUN..

Huh! Penat!! Bukan sebab pe pun penat.. Sebenarnya penat ajar budak kawad.. But kepenatan itu berbaloi apabila dpt nombor 3.. Kira ok ar tu.. Hehehe..


Sebenarnya pada 28 & 29 April 2012, SMK Jalan Kebun mengadakan Hari Kokurikulum.. Syok la jugak.. Banyak la aku berbelanja..  U alls tgk jelah gmbar-gambar ni..


Sampai bersila cikgu-cikgu aku di buatnya!
Jom periksa jenis darah!


Bundle pun ada tau..
Selepas penat berjalan dan makan!


No comment!




Puteri Islam nombor 3..
Kategori NGO..


Pandu Puteri nombor 1..
Kategori NGO..


Kadet Remaja Sekolah..
Nombor 2 bagi kategori GO..
Aku, Aiman, Si Kembar, Ratna dan penyejuk hati aku!


Kadet Polis mesti Johan kategori GO..


Gerai paling sempoi!



Hik,hik..
Kiri tu Farah dan kanan tu... erm.. jap! Kembar lg sorang!
SMK Jalan Kebun kesayangan ku!

Sunday, 22 April 2012

INI RAHSIA SAYA YE..

CARA-CARA MENCAPAI CITA-CITA


Menggapai cita-cita..

Bagi memastikan impian saya tercapai, saya akan melakukan pelbagai cara. Saya berharap dengan melakukan pelbagai cara ini, saya dapat mengecapi cita-cita saya.
Berikut merupakan cara-cara mencapai cita-cita:


I wish to be..
Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
 

Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan saya sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri saya akan timbul. 
Teruskan dan perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.

   
    2    Tuliskan Matlamat-Matlamat Saya


Matlamat mestilah kena ada..
     Baru hidup akan berwawasan.

.
Tulis matlamat atau cita-cita saya di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat saya. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi saya. 

Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat saya. Hasilnya saya tidak lagi merasa selesa selagi saya belum mencapai matlamat atau matlamat saya. Dalam keadaan demikian, sudah pasti saya ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita  itu saya dengan segara dan sebaik mungkin. 
3      Tetapkan Tempoh dan Bila Saya Akan Mencapai Matlamat 

Kaji tahap atau kedudukan saya sekarang berbanding dengan apa yang saya inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang saya perlukan untuk mencapai matlamat saya itu. Tetapkan bila matlamat tersebut mesti saya capai. 

                                                                                                                                                                                      Buat Perancangan 
     
Pengurusan masa amat penting..

Rancangkan  tindakan-tindakan saya. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini saya akan lebih yakin berapa lama masanya saya harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat saya itu akan saya capai. 


Perbaiki senarai aktiviti saya dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 



 Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu saya atasi.Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang saya akan perlukan untuk mencapai matlamat saya - misalnya  pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 

    Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda  

Sokong rancangan saya dengan keazaman (
Resolve) dan semangat tidak mengenal putus asa (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. 

Fokuskan segala perhatian dan tenaga saya untuk mencapai segala matlamat saya pada waktu yang saya sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. 
Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. Diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan
.



Peguam kerjaya pilihan saya..
Anda??

Saturday, 21 April 2012

AIR MATA SEORANG ARJUNA..

Anugerah Allh S.W.T..
Air mata.. Siapa yang boleh tahan kalau dia nak keluar.. Kalau dah nak mengalir tetap mengalir jugak.. Kalau ditahan bertambah-tambah pilu jadinya.. Air mata merupakan pemberian dari Ilahi yang sememangnya penuh dengan azimat..

Ok la.. Malas lah nak huraikan mengenai air mata panjang-panjang.. Macam la korang tak ada air mata.. Hahaha.. Sebenarnya, hari ini ada Program Permuafakatan kat SMK Jalan Kebun yang melibatkan budak-budak form 5.. Termasuk lah aku.. Well, biasalah kalau ada ceramah mesti ada part yang nangis-nangis tu.. But, this time so different!


Penceramah tu soh para pelajar tutup mata dan letak tangan kanan kat dada bhgian kiri.. Pastu, penceramah tu pun mula memainkan peranannya.. Dia cakaplah, cuba bayangkan masa kita tgh belajar kat sekolah.. Tetiba ada saudara-mara yang dtang nak bawa kita pulang.. Dengan wajah yang sayu dan sedih.. Bila sampai  umah je.. Ramai yang berkumpul..



Yang lelaki memakai songkok.. Yang perempuan sedang membaca Yassin.. Kat ruang tamu tu kita nampak sekujur mayat.. Kita mula memanggil ibu.. Ibu.. Dan, ayah kita memberitahu bhwa jenazah  yang berada di ruang tamu itu adalah ibu kita..
Kasih seorang ibu..

Pergh., Aku dah mmg tak tahan ar.. Menangis aku dibuatnya.. Pastu mana yang ibu bapa datang.. Penceramah tu soh pelajar peluk ibu dan bapa.. Bertambah-tambah sedih la di buatnya.. Memang masa tu dah tak pandang kanan kiri ar kan.. Rasa macam nak peluk je kuat-kuat ayah aku.. Memang sedih la..

Pastu, pihak sekolah minta kami tandatangan aku janji,.. Untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapat kptusanyang cemerlang dalam SPM.. Memang hari ini hari yang agak bermakna bagi kehidupan aku.. Thats all from me.. See ya!


Ini sekadar contoh sahaja..
Bukan gambar sebenar..

Friday, 20 April 2012

HOT STUFF MEMORY!!

Assalamualaikum semua..
Wah.. Pasti ramai yang ternanti-nanti feed terbaru dari aku.. Haha.. Perasan je lebih.. Sebenarnya aku agak sibuk.. Ye ar.. Budak SPM la kan.. So busy la sikit.. Dengan photoshoot sana sini.. Okay.. Stop it Amir.. Hari ni nak citer pe erk.. Korang nak citer pe? Yang hot? Cool? Hangit? Beku? Semua ada.. But ingat hari ni nak citer pasal diri aku la.. Ok.. Mana-mana yang dah start bosan dipersilakan tukar siaran.. Wah!! Chill everybody!

Oh! My lovey dovey..
Mana aku?
Dah aku photographer, mana nak adanya..












Baiklah peminat-peminat aku yang setia.. Semasa kecil-kecil dulu, time kurang matang tu.. Aku ni agak nakal ar jugak.. Nakal sikit je..
Nakal ok, bukan jahat!!
Alah, biasalah budak-budak lagi..
Aku start pandai menunggang basikal since usia aku 4 @ 5 tahun kot.. Ntah.. Tak berapa nak ingat sgt la kan.. Masa tu naik basikal yang kecik je la.. Memang aku ni masa tu lambat sikit kadar pertumbuhannya.. Bila dah pandai je..
Sorry to say la kan.. Mak dan ayah aku pun naik risau.. Pengalaman paling teruk jatuh masuk semak.. Pergh! Mmg gatal-gatal ar kan badan aku masa tu.. Dah la ada kerengga.. Masa tu mmg berjujuranlah air mata aku..

Masa sekolah rendah pulak, aku macam budak-budak lain.. Main kejar-kejar la kegemaran aku.. Time rehat je mmg berlari-lari la aku.. Terkejar-kejar cikgu mengejar aku.. Hahaha.. Time sekolah rendahla aku banyak enjoy.. Masuk prtandingan nasyid, pertandingan itu dan pertandingan ini.. Selalunya nasyid mmg group aku champion la kan..

Sungguh kacak bergaya!
 Pengalaman paling menarik ialah..
Aku join lawatan sekolah ke Terengganu.. Mmg syiok!! Walau ke Terengganu aje.. Dan paling memalukan aku jatuh masa turun dari tangga.. Sangat memalukan..
Kalau u alls nak tau, ada ar sorang cikgu ni yang aku x berapa nak minat.. Sebab dia selalu marah aku.. Mana tak nye, dah kerja x pernah nak siap.. HikHik..
Yang paling seronok dapat RM 200 sebab dapat 5A dalam UPSR.. Cikgu Rohaizan yang bagi..
Masa budak-budak RM 200 tu besar ar jugak..

Bukti kemenangan..





Berlalu sudah zaman kanak-kanak ribena, masuk sekolah menengah mula la nak menggatal.. Form 1 je dah nak menggatal.. Well, budak baru nak up.. Shhhh.. Jangan bagitahu orang lain okay! Kat sekolah menengah ni lain pulak style aku.. Aku dah tak layan dah nasyid-nasyid ni..


Aku mula masuk koir, syarahan, marhaban dan pidato.. Lagi seronok..
 Tak lupa juga, Program Usahawan Muda.. SMK Jalan Kebun jadi Johan peringkat negeri ok.. Pastu naib johan peringkat kebangsaan.. Jangan pandang SMKJK sebelah mata tau..!!  Masa form 4 msuk Bahas Ala Parlimen.. Jadi johan peringkat daerah dan naib johan peringkat negeri..

Mmg seronok la.. Tapi bila masuk form 5.. Hikhik.. Aku kena kawal sikit la aktiviti,, Tp macam dah tak terkawal dah ni.. Hahaha.. Dah la.. Malas la nak cakap banyak-banyak.. U alls baca la feeds aku yang lain pulak ye.. Bubbye..!


Antara buku-buku kegemaran aku!

Wednesday, 18 April 2012

BICARA HATI ANAK MU..


Sekadar mengenang kembali!

Biarkan ia mengalir dengan penuh makna.

Semua ini aku lakukan untuk dia.. Keputusan peperiksaan yang baik, kemenangan dalam pertandingan yang aku sertai dan lain-lain.. Semua ini aku jadikan hadiah buat dia.. Namun, terkadang hati ini terguris dengan kata-kata dan ucapan yang keluar daripada mulutnya.. Mungkin apa yang diucapkan tidaklah sekasar mana.. Tetapi cukup untuk membuatkan aku menangis..

Aku lebih rela mengeluarkan air mata daripada hati aku terus memendam kesakitan.. Biar aku menumpahkan air mata lelaki aku dari aku terus menyimpan kelukaan yang bisa menjadi barah.. Tapi kenapa aku? Apa kekurangan aku? Mungkin  aku belum cukup bagus baginya.. Mungkin aku belum cukup memuaskan hatinya.. Atau aku masih mempunyai salah yang belum aku tebus.. Tapi adakah balasan ini setimpal dengan apa yang aku lakukan..
Penyesalan aku!

Aku mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak.. Aku juga tidak dapat menjadi sesempurna seperti yang dia inginkan.. Tapi aku tahu, aku telah coba sedaya upaya bagi memenuhi kesemua kehendaknya.. Aku hanya manusia biasa yang sememangnya tak mampu lari dari melakukan kesilapan.. Namun, aku mencuba untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan.. Bukan niat aku untuk menarik perhatian dan mencari keprihatinan dari dia.. Tapi cukup sekadar kasih sayang yang mencukupi untuk aku yerus menjalani kehidupan aku yang masih tidak aku ketahui penghujungnya..

Ya Allah Ya tuhanku, aku tau banyak dosa aku pada mu.. Namun hanya Kau yang mampu membuka hatinya untuk menerima segala kelemahan dan keilafan aku.. Mungkin aku tidak dapat melihat kesalahan aku padanya..
Maka tunjukkanlah kepada aku segala kesalahan yang aku telah lakukan.. Iklas dari hati aku hanya untuk ibu tersayang..

I Love You!
Tiada pengganti mu dihati aku..

Tuesday, 17 April 2012

KERETA TERBANG BUATAN MALAYSIA! HOT N GEMPAK GILER!

One word! - Awesome!!!

Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan. – Kosmo

Pergh… pergghh.. perghhh .. Dashyat ! Nasib baik pemandunya takde apa apa.. Ni kes teknikal ni.. Tayar kereta Myvi tu tetiba pancit dan pemandunya hilang kawalan dan menyebabkan dia terbabas lalu merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai..

Hurm… maka kita yang memandu kereta tu , beringatlah .. Kereta ni mesin.. Tak tau apa masalah yg boleh mendatang dengan tiba-tiba.. Haa.. Macam macam dah insiden yang aku dah dengar ..

Heee.. Nasihat ni untuk aku jugak..Yang gemar memandu seperti jalanraya tu bapak sedara aku yang punya..Hehe.. Bila masa lah pulak aku pandai memandu ni.. Nampak benor menipunya..

Agaknya itu petanda Malaysia akan mempunyai kereta terbang buatan tempatan kot.. So, hati-hati dijalan raya.. Ingatlah orang tersayang!

Monday, 16 April 2012

STALKER? NEGATIF ATAU POSITIF? TAKE IT POSITIVE OKAY..

SILA BUKA MINDA ANDA SEMASA MEMBACA ARTIKEL YG HOT NI..
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN YE.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!


Makin lama makin bosan.. Nak buat itu nak buat ini semua ada mata yang memandang.. Mungkin itulah kot perasaan semua artis kat Malaysia.. Tapi rasanya seluruh dunia la.. Stalker? Paparazzi? Reporter? Semuanya sama shj.. Masing-masing mencari keburukan dan kelebihan pd artis itu.. Tapi rasanya macam lebih pada keburukan.. Opss! Sebenarnya, kalau nak diikutkan, masalah ini bukan dihadapi oleh artis-artis sahaja.. Tetapi juga masyarakat biasa.. Kadangkala, Paparazzi n Mamarazzi dalam kalangan masyarakat biasa lagi sensasi daripada reporters yang dok selidik pasal artis tu..

Mungkin pada pendapat mereka, mereka melakukan ini untuk kebaikan orang yang diintip.. Wah! Diintip? Malahan, melalui cara intipan ini, mereka menunjukkan yang mereka ini seorang yang caring dan prihatin.. Baguslah tu, maknanya nilai prihatin dan saling ambil berat dalam kalangan masyarakat Malaysia masih menebal.. Masalahnya, pada masa kini, bukannya banyak perkara positif yang diintip.. Tapi perkara negatif.. Kalau wartawan intip artis, alasan mereka ialah artis milik masyarakat umum.. Namun, perlu ke sampai semua perkara yang nak di share kepada umum?

Peace!
Tu kalau wartawan dan artis.. Kalau dalam kalangan masyarakat pe pulak alasan mereka? Tetapi bg aku, aku amat respect stalker-stalker kat luar sana.. Yela.. Aku yakin mereka pasti mempunyai teknik khas yang digunakan dalam penyamaran mereka.. Mereka juga perlu ingat, tak semua orang gemar diperhatikan gerak gerinya.. Mana yang perasan hot tu mmg lah suka.. Tapi kalau macam aku yang cool ni, erm.. entahlah..

But aku amat bersyukur kalau aku ada stalker.. Ye ar.. Sebenarnya stalker ni membuatkan kita sentiasa dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa menjaga tatatertib kita.. Tambahan pula, kita kan di Malaysia.. Negara yang dikenali sebgai  negara yang mempunyai pnduduk yang bersopan-santun.. Pasti anda tak nak orang bercerita yang buruk mengenai diri anda kan.. So stalker ni banyak membantu anda sebenarnya.. Mula-mula mmg lah kita berasa tidak selesa, namun kalau kita berfikiran positif, pasti kita dapat banyak perkara yg positif daripada perkara yg negatif kesan daripada stalker.. Walaupun terpaksa hipokrit..

Cuma, sometimes stalker ni kene la pandai-pandai jugak.. Janganlah membuatkan diri orang yang anda intip berasa sgt tidak selesa.. Sehingga mampu membuatkan anda tidak digemari oleh orang lain.. See, sebenarnya.. Setiap perwatakkan individu yang Allah S.W.T tetap akan mendatangkan kesan positif.. Cuma pembawakkan diri kita je yg membuatkan perwatakkan itu seolah-olah negatif.. Tapi, aku tetap dangan pendirian aku bhwa stalker mmg byk mendatangkan kesan POSITIF (+) berbanding NEGATIF (-).. Sudahlah.. Malaslah nak ckp byk-byk..

Tapi, syok jugak jd stalker ni erk.. Cukup lah sekali tu aku jd stalker.. Susah woo.. Nak cover line.. Mmg terbaikk la aku cakap.. So, sape nak aku jd stalker dia? NAK?


Aku stalker??

PENGUMUMAN PENTING!!!!!!!!

Okay, just nak buat pengumuman kepada pembaca-pembaca setia blog 'Bicara Hati' ( macam ramai sgt).. Hehehe.. Manalah tau.. Kot-kot ada peminat rahsia.. Wah, Amir ada secret admire.. Mmg ada pun.. Nape? Terkejut? Hahaha.. Sapelah yang nak minat kat aku ni.. Rupa dah la handsome sikit.. *ok. apa aku merapu ni..
Ok, back to the topic.. Sebenarnya aku nak bg tau mnggu ni dan mnggu depan tak ada masa nak update blog.. Sebab ada Ujian Bulanan 2.. By the way, faham-faham aje lah kalau nak exam tu mestilah busy study.. Tu je pun nak bg tahu.. Kalau penting take note.. Kalau tak tuliskan maklumat ni dalam diari anda.. ok? Bye, assalamualaikum...
Gambar nak hot!

Saturday, 14 April 2012

GERGASI LAUTAN ATLANTIK KARAM


Titanic asli dan kisah yang sebenarnya



Titanic dimiliki oleh White Star Line dan dibuat di kilang kapal Harland and Wolff. Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa kegemilangannya.. Kapal ini dijangkakan tidak akan tenggelam.. Namun sebaliknya yang berlaku..


Nahas pada saat pelayaran pertamanya, Titanic melanggar ketulan ais pada pukul 23:40, 14 April 1912, dan tenggelam sekitar dua jam empat puluh minit kemudian pada pukul 2:20 pagi 15 April 1912.
Tenggelamnya bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih daripada 1,500 orang. Ini menjadikannya sebagai bencana laut terburuk dalam sejarah dunia. Titanic dikatakan terbelah dua sebelum tenggelam dalm Lautan Antlatik.

Titanic asli dan kisah yang sebenarnyaTitanic asli dan kisah yang sebenarnya


85 tahun kemudian, sutradara James Cameron menginspirasikan kisah nyata tenggelamnya Titanic dalam sebuah filem.


Filem matap ini dibintangi Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Film ini memenangi 11 Academy Awards. Dengan kekuatan unsur sejarah yang tersemat dalam filem ini, akhirnya filem ini juga berhasil menjadi filem box office terbesar dalam sejarah perfileman.

Yang menjadi pertanyaan adalah, apakah memang ada kisah Jack & Rose seperti dalam filem itu? Jawabannya.. Tidak. Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater yang diperankan dalam film ini oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, hampir semuanya tokoh fiksi (James Cameron memodelkan tokoh Rose seperti artis Amerika Serikat, Beatrice Wood, yang tak mempunyai hubungan percintaan dalam sejarah Titanic).


Kisah cinta, karya James Cameron. Selain Rose dan Jack, perbagai tokoh yang berkaitan dengan mereka juga rekaan. Termasuk tunang Rose, Caledon ‘Cal’ Hockley (Billy Zane), ibunya Ruth (Frances Fisher), Spicer Lovejoy (David Warner), dan penumpang kelas tiga iaitu teman-teman Jack: Fabrizio (Danny Nucci) dan Tommy (Jason Barry).


Namun berikut merupakan individu yang benar-benar ada dalam kisah dan juga dalam filem yang mengharukan tersebut.
(Kiri: Pemeran dalam film, Kanan: Orang yang sebenarnya)


1. Captain Edward James Smith
Titanic asli dan kisah yang sebenarnyaCaptain Edward James Smith lahir 27 Januari 1850 di Hanley, Stoke-on-Trent, Inggris. Meninggal: 15 April 1912, Samudera Atlantik (bencana Titanic).


Dilakonkan oleh Bernard Hill lahir 17 Desember 1944 di Manchester, Inggris, Britania Raya.







2. Molly Brown
Titanic asli dan kisah yang sebenarnyaMargaret “Molly” Brown lahir 18 Juli 1867 di Hannibal, Missouri. Meninggal: 26 Oktober 1932 Barbizon Hotel, New York City (tumor otak).


Dilakonkan oleh Kathy Bates lahir 28 Jun 1948 di Memphis, Tennessee, AS.









3. John Jacob Astor

Titanic asli dan kisah yang sebenarnyaJohn Jacob Astor lahir 13 Juli 1864 di Rhinebeck, New York. Meninggal: 15 April 1912 Samudera Atlantik (bencana Titanic).


Dilakonkan oleh Eric Braeden lahir 3 April 1941 di Kiel, Jerman.











4. Thomas Andrews
Titanic asli dan kisah yang sebenarnyaThomas Andrews Born lahir 7 Februari 1873 di Comber, County Down, Irlandia. Meninggal: 15 April 1912 Samudera Atlantik (bencana Titanic).


Dilakonkan oleh Victor Garber lahir 16 Maret 1949 di London, Ontario, Kanada.





Surat kabar terkenal New York Times memberitakan peristiwa ini sehari setelah Titanic tenggelam. Tepatnya Selasa, 16 April 1912.

Titanic asli dan kisah yang sebenarnya

Bangkai kapal Titanic 

Kisah Titanic kekal menjadi sejarah

Antara individu-individu terpenting dalam kapal Titanic.

Friday, 13 April 2012

HATI-HATI! SANGAT EKSTREM...



Anda gemar bertindak ditempat-tempat yang ekstrem?
Bacalah...
AKIBATNYA :

1. Tindikan di bahagian mulut atau lidah boleh menyebabkan kesulitan bercakap dan makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan gangguan pada gigi.Tindikan di mulut dan hidung boleh tersedut bahkan masuk ke dalam badan sehingga memerlukan operasi untuk mengambil tindikan.




Pelik!
Tengok pun dah ngeri dan sakit!
2. Tindik pusat, menindik bahagian tubuh ini sangat memungkinkan terjadinya jangkitan kerana iritasi dari pakaian ketat yang digunakan. Hal ini kerana kulit pusat merupakan bahagian yang sangat sensitif.


3. Tindik alis, menindik bahagian tubuh ini sangat berisiko jika tidak dilakukan di tempat yang tepat. Tindik harus dilakukan pada sudut 40 darjah dari sudut luar mata. Jika tempatnya tidak tepat maka berisiko mengalami kerosakan saraf, kerana bahagian tersebut mengandungi 3 saraf supra orbital besar.



4. Tindik telinga bahagian atas, menindik bahagian telinga tersebut lebih berbahaya kerana terdapat tulang rawan disepanjang tepi telinga. Jika berlaku jangkitan di bahagian tulang rawan tersebut akan lebih sukar untuk diubati dan boleh mencetuskan kecacatan pada telinga.




Maklumat dan fakta diatas berdasarkan kajian sains..