Wednesday, 16 May 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..

Assalamualaikum.. Sebagai pembuka bicara pada kali ini.. Aku ingat nak bg pantun sikit la..

Terbang tinggi burung helang,
Melihat keindahan langit nan terang,
Sudah berjaya sudah cemerlang,
Jangan pula lupa, terima kasih cikgu!

Hehehehe.. Sebenarnya nak story pasal Sambutan Hari Guru 2012 di SMK Jalan Kebun je..
Best.. Mau tak bestnya, dah aku yang jadi pengerusi majlis.. Wah-wah.. Aku dan Wahidah jd pengerusi majlis.. Hari ni, kami perasan Hot la.. Jalan san sini semua pandang.. Well, budak hot.. Hot la sangat..

Alhamdulillah, kami dapat feedback yang baik-baik.. Ramai yang memuji kami tau.. Ada yang kata macam penyampai radio la, penyampai berita sukan la, and ada cikgu yang kata kami boleh masuk On Air gitu.. Wah, memang senyum memanjang je ar kami.. Opss.. Tak lupa juga pada Cikgu Husairi kerana memberi kepercayaan kepada kami.. Hehehe.. Jangan serik guna kami tau..!!

So, nak citer sikit la aturcara majlis.. Awal pagi, guru-guru di arak dari kantin ke Dataran Seri Akmal dengan paluan kompang lagi.. Yang paling best masa cikgu-cikgu nyannyi lagu Guru Malaysia.. Memang terbaik la.. Bukan selalu dapat tgk cikgu-cikgu menyanyi..

Kalau persembahan pelajar, the best one is persembahan sketsa darirada pelajar kelas 5 Ibnu Sina( lelaki).. Memang best la.. Ada unsur humor yang banyak.. Just nice at all.. Ada jugak yang membosankan.. But, kami nak tak nak terpaksa dengar je la.. Antara persembahan yang ada ialah, deklamasi sajak, nasyid, akustik n banyak lagi..

Erm.. Tak kurang hebat jugak guru-guru kitaorang.. Mereka pun kena wat persembahan.. Guru-guru praktikum menari.. Ok la.. Dapat sambutan yang agak hangat jugak.. Guru-guru India (P) pulak nyanyi lagu Tamil.. Pergh, walau tak faham tapi tetap menghiburkan.. Guru Lelaki pulak... Wat dikir barat.. Ok la..

Pastu, ada sessi penyampaian hadiah.. Ada enam kategori.. Dan yang paling bestnya, aku dan Wahidah je yang tau keputusan tu awal.. Hikhik.. Lepas habis semua tu.. Kami pun (Aku & Wahidah) dapat makan.. Sebenarnya ada lagi 3 atau 4 orang pelajar yang join makan sekali.. Sedaap woi! Ada satay, abc, nasi n macam-macam lagi la ar.. Untung kami..
By the way! Thank you to all my teachers that sacrifice many things just to make sure that I can be a good man.. One day!

                                                         SELAMAT HARI GURU!
                                     'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA'

Tadi tu kisah pertama, ni kisah kedua pulak.. Tapi berlaku semalam..

Ni, nak bagi tahu kat semua yang kawan baik aku.. Syaref mengalami kemalangan.. Teruk ar juga!. Bahagian punggung dia teruk jugak la.. Kena jahit.. Luka-luka kat tempat lain pun ada jugak..
Dia kata banyak darah yang keluar.. Apa-apa pun.. Aku harap yang Syaref cepat sembuh dan kembali kesekolah.. banyak hot story aku nak citer kat dia..
Korang pun doakan dia cepat sembuh tau!
Bye.. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment