Wednesday, 9 May 2012

CINTA = KEKAYAAN + KEJAYAAN..



Assalamualaikum.. Erm.. Malam ni nak citer apa erk? Okaylah.. Macam ni lah.. Aku nak citer sikit mengenai sesuatu yang berkaitan Cinta, Kekayaan dan Kejayaan.. Mungkin ada yang pernah dengar citer.. But, aku citer je la.. Kepada yang dah tau.. Kalau nak baca entry lain pun boleh..
Yang belum tau, teruskan membaca ye..

Pada suatu hari, seorang wanita yang hidup dalam keadaan tertekan.. Wanita tersebut sedang duduk di halaman rumahnya..
Ketenangan pada waktu petang dengan diterangi cahaya matahari yang hampir terbenam menutupi wajahnya untuk menampakkan dirinya kepada orang yang berada di tempat lain.. Burung pula terbang pulang ke sangkar menanti malam menjelma..


Tatkala sedang enak di buai keheningan petang.. Tiba-tiba, muncul 3 orang lelaki tua yang berjanggut.. Garis-garis keedut menghiasai wajah lelaki tua yang mungkin berusia lebih dari 50 tahun.. Lengkap berpakaian putih dan bersongkok persis imam dan siak di masjid..

Seorang lelaki tua mula memperkenalkan diri.. Lelaki pertama bergelar Cinta.. Lelaki kedua digelar Kekayaan dan lelaki yang terakhir bergelar Kejayaan.. 'Cinta' bertanya kepada wanita tersebut..


Cinta: Boleh puan benarkan salah seorang dari kami masuk?
Wanita: Seorang sahaja? Boleh.. Tapi siapa?
Kejayaan: Puan harus berbincang bersama suami..

Selepas beberapa perbincangan bersama suami, wanita tersebut pun memilih 'Cinta'.. Lalu 'Cinta' pun masuk kedalam rumah..

Wanita: Hei, saya hanya benarkan Cinta sahaja masuk.. Mengapa Kejayaan dan Kekayaan pun masuk?
Kejayaan: Puan, sebenarnya.. Jika puan memilih saya atau Kekayaan.. Dua orang yang lain akan tinggal di     luar..


Kekayaan: Tapi,sebentar tadi puan dan suami telah membenarkan Cinta untuk masuk.. Saya dan Kejayaan akan sentiasa menemani Cinta walau di mana pun..

Maka, wanita tersebut dan suaminya berasa terkejut dan menyesal kerana selama ini hanya menekankan Kejayaan dan Kekayaan tanpa ada rasa Cinta..

*pengajaran:
1) Kehidupan yang sempurna merangkumi aspek
Cinta, Kekayaan dan Kejayaan..
                  

No comments:

Post a Comment