Tuesday, 12 June 2012

PASAL DIA!


Assalamualaikum semua..
Hai, apa khabar.. Huh, dah lama tak dengar lagu Winter Sonata kat blog aku ni.. Hahaha..
Okay.. Memang banyak cerita yang nak dikongsi ni.. Nak mula dari mana ye?
Erm, aku buka cerita yang happy dulu ye.. Erm, jap! Tak nak ar.. Yang happy kita simpan dulu.. Cerita yang sedih dulu la.. Hahaha..

COOL SEMUA!

Macam ni, pasal FI tu, kalau korang ingat aku pernah cakap yang aku dengan dia main teka-teki mengenai siapakah pelajar yang kami minat..
Hurm, semalam perjanjian tu telah pun dibatalkan oleh aku sendiri..
Dengan alasan bahawa sepatutnya aku tak perlau kacau hal peribadi dia..
Dan seharusnya dia juga sebegitu..



Maka terlerai sudah perjanjian kami..
Sebenarnya, bukan tu pun apa yang aku fikirkan.. Aku just nak dia selesa berkawan dengan aku..
Sebab bila aku buat macam tu, ianya seolah-olah aku terlalu mendesak dan menyibuk hal peribadi dia.. Aku seharusnya hormat hal peribadi seorang wanita..

Kalau korang nak tahu, dah dua hari aku tak bertegur dengan dia.. Even, bila terselisih je aku buat tak tahu dan tak nak pandang dia.. Ye la.. Bukan dah tak nak kawan dengan dia tapi, erm.. Entah la.. Tak tahu nak cakap apa.. Harap FI faham apa yang aku cuba sampaikan..
'Berkaca' jugak ar mata aku di buatnya.. Mana taknya dah 2 minggu 2 hari tak jumpa..
Tak bercakap, tak dengar suara dia..
Nasib baik aku just minat dia.. Huh!

SERIUS, AKU DAH TAK TAHU NAK BUAT APA BILA BERHADAPAN DENGAN DIA!

Cukup sudah pasal FI.. Next story pulak pasal satu program ni.. Agak terkejut dan tertekan lah jugak.. Ye la, mana taknya.. Pasal kemenangan semua sanggup dibuat!
Bantahan, pertikaian dan talam dua muka.. Tapi, tu lantak mereka la..

ADA AKU KISAH
*ye, memang aku kisah!

Oh yeah!
Dah la dulu ye..
Nantikan episod kehidupan aku ye..



***************************************************************************************************************************************

Tuesday, 5 June 2012

JANGAN BACA!

Assalamualaikum semua..
Apa khabar.. Hah, dah lama dah burung merpati dari negara Diari Seorang Arjuna tak kirim sebarang beritakan.. Nak dengar ke berita terkini?
Kalau nak dengar berita terkini tontonlah TV3.. Sentiasa menyediakan berita yang terkini lagi berinformasi..

Okaylah.. Kalau dua entry yang lalu bercerita mengenai drama Winter Sonata & Artis Korea, kali ini kita terbang kembali ke Shah Alam, Selangor bagi mendengar cerita aku pulak.. Cuti dua minggu hampir melabuhkan tirainya but, aku tak ada pergi mana-mana lagi pun.. Just duduk dirumah, memutihkan kulit je.. 

Jangan tertipu! Duduk dirumah tak semestinya aku membaca buku..
Sememangnya tak..! Hahaha.. Tak, sebenarnya cuti dua minggu ni memang aku manfaatkan untuk rehat je.. Yela, sebelum cuti tiga minggu aku duduk exam pertengahan tahun.. Kononnya nak lepaskan tekanan..

Ada sekali je pergi ke Plaza Alam Sentral untuk main boling.. Aku & The Gang la pastinya.. Haritu jugak kami sempatlah menjenguk ke Promosi Jualan Di Kompleks PKNS yang dianjurkan oleh Program Usahawan Muda (PUM).. Ingat dapatlah jumpa member-member PUM yang lain.. Tapi tak pun.. 
Yang penting kami enjoy! Hahaha..

Lagi Satu tujuan utama kami keluar pada hari itu adalah untuk aku meluahkan segala yang terpendam kat dalam hati ni ha.. Kita orang gosip macam-macam.. Nak tahu? Daftar nama sebagai ahli GP.. Gossip Partner! Banyak benda la yang kami bincangkan.. Sambil main boling sambil bergossip..
Lagi-lagi dapat dua bungkus kacang dan sebungkus asam free dari Puan Zainah.. Bertambah kencanglah kami berborak.. Dah macam picnik kat pusat boling pun ada ha..
Okaylah..
Tu jer nak citer..

KITA JUMPA DI KONVENSYEN!

Saturday, 2 June 2012

VIRUS K-POP DALAM BLOG AKU!

Hah.. Assalamualaikum.. Amacam entry aku yang sebelum ni? Ada yang sedih lagi ke pasal entry aku yg lepas? Ayat bajet giler.. Okay, tak nak cakap banyak-banyak lagi..
Bak kata Puan Zainah, jangan cakap bersepah! Maksudnya, cakap tu hanya yamg perlu je.. Takut pulak ada yang blur-blur alam tak tau maksud sebenar jangan cakap bersepah..
Kalau entry sebelum ni citer pasal drama Korea, kali ni nak citer pulak pasal artis Korea yang kacak-akacak dan cantik-cantik belaka..
Maybe anda semua dah ada baca dalam blog lain, but kali ini adalah pada pandangan aku lah..
Bagi kategori Artis Lelaki Paling Kacak..
Calon-calonnya adalah..


1) Lee Min Ho

2) Si Won-Super Junior

3) Kim Hyun Joong

4) Hyunbin

5) Kim Bum

Bagi Kategori Artis Wanita Paling Cantik pula..
Calon-calonnya ialah..

1) Tiffany-SNSD

2) Yoona-SNSD

3) All Kara Members

4) All T-Ara Members

5) All After School Members

Okaylah.. Cukup kot..
Tak payah banyak-banyak sangat la.. Aku yang nak buat pemilihan pun pening..
Sebagai hadiah, aku tinggalkan korang dengan music video from my favourite group Super Junior, SNSD dan T-Ara..
Saksikanlah










SEMOGA TERHIBUR!

Friday, 1 June 2012

MEMORI WINTER SONATA


Assalamualaikum semua..
Hari ni tak nak cerita banyak-banyak.. Nak cerita sikit-sikit je..
Ingat tak lagi cerita Winter Sonata tu? Alah, yang lelakinya kacak tu.. Dan heroinnya pulak cantik.. Rasanya cerita tu, adalah cerita korea yang paling best.. Penuh dengan tangisan,ketawa dan penuh penantian..

Mesti ada yang dah lupa-lupa tu kan?
Dont worry, aku akan flasback balik.. Tonton video klip ni sikit, mesti ingat balik la punya!



Now, dah ingat semua? Macam mana? Erm, bagi meningati semula cerita ini, sebab tu aku abadikan lagu ni sebagai theme song untuk blog aku.. Sebenarnya, lagu ni ada dalam versi Malaysia yang dinyanyikan oleh Hazami.. But, untuk tambah feel lagi, sebab tu aku pilih korean version..

One more thing, pelakon utama citer ni (Park Yong-ha) dikatakan mati membunuh diri.. Ada yang mengatakan punca dia membunuh diri adalah kerana tertekan.. Alah, tak kisahlah dia mati sebab apa pun, yang penting tiap kali tengok drama ni pasti mengalir air mata.. Sebab memang sedih.. Tak boleh dinafikan lagi.. 
Sinopsis cerita ini macam ni..

Kisah bermula apabila Jun-Sang, anak pemuzik yang unggul, bergerak ke Chuncheon, sebuah bandar luar bandar di Korea Selatan. Sebagai pelajar yang luar biasa berbakat Jun-Sang dialu-alukan oleh pelajar serta guru-gurunya, tetapi masih remaja yang tenang, pendiam. Kerana beliau berhasrat untuk mengetahui mengenai bapa biologi, yang tuntutan ibunya, telah meninggal dunia, carian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bapanya apa yang dibuat beliau mahu berpindah ke wilayah itu. Mempunyai krisis identiti remaja, kerana bapanya yang dia tidak pernah berjumpa, dan menyalahkan ibunya selama ini, Jun-Sang percaya bahawa tiada siapa yang benar-benar mengasihi dia.Dalam perjalanan ke sekolah pada satu hari nanti, rakan sekelas Jun-Sang Yoo-Jin, sambil duduk di sebelah beliau di dalam bas, tertidur di atas bahunya. Jun-Sang tidak lama lagi jatuh cinta dengan Yoo-Jin, yang membuka hati yang tidak berdosa kepadanya. Cinta mereka, walau bagaimanapun, dipendekkan selepas Jun-Sang cedera parah dalam kemalangan kereta yang dilanda dan, disebabkan oleh kerosakan otak, mengalami amnesia, tidak ingat apa-apa sebelum kemalangan.Ibu Jun-Sang, kerinduan untuk kasih sayang dan hormat Jun-Sang, mempunyai Jun-Sang paksa oleh ahli psikologi, supaya Jun-Sang tidak akan ingat zaman kanak-kanak yang menyakitkan sebagai anak luar nikah. Hasilnya, kenangan Jun-Sang sebelum kemalangan itu terpadam. Ibu Jun-Sang memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat dengan Jun-Sang, di mana beliau boleh memulakan hidup baru di bawah identiti Lee Min-Hyeong. Kawan-kawan dan guru-gurunya diberitahu bahawa Jun-Sang mati.Sepuluh tahun kemudian, Min-Hyeong ialah seorang arkitek yang memenangi anugerah di Amerika Syarikat. Beliau tidak ingat apa-apa mengenai hidupnya di Korea. Dia benar-benar berbeza, orang yang berfikiran terbuka yang mengambil berat tentang orang lain, termasuk ibunya. Beliau kembali ke Korea dan Yoo-Jin melihat dia di jalan, mendorong beliau untuk meletakkan pertunangannya kepada rakan zaman kanak-kanak Sang-Hyeok. Sedikit dia tahu bahawa Min-Hyeong dating kawan dan kadang-kadang yang lalu saingan Che-Rin. Plot cerita luap apabila Yoo-Jin mula bekerja di firma di mana Min-Hyeong bekerja, dan cuba untuk mencari jika dia adalah rakan remaja yang kononnya mati bekas Jun-Sang.

Antara pelakon-pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah..









Aku tinggalkan you alls dengan lagu tema Winter Sonata yang telah dialih bahasa dan dinyanyikan oleh Hazami.. Tajuknya Sonata Musim Salju.. Terimalah..