Tuesday, 12 June 2012

PASAL DIA!


Assalamualaikum semua..
Hai, apa khabar.. Huh, dah lama tak dengar lagu Winter Sonata kat blog aku ni.. Hahaha..
Okay.. Memang banyak cerita yang nak dikongsi ni.. Nak mula dari mana ye?
Erm, aku buka cerita yang happy dulu ye.. Erm, jap! Tak nak ar.. Yang happy kita simpan dulu.. Cerita yang sedih dulu la.. Hahaha..

COOL SEMUA!

Macam ni, pasal FI tu, kalau korang ingat aku pernah cakap yang aku dengan dia main teka-teki mengenai siapakah pelajar yang kami minat..
Hurm, semalam perjanjian tu telah pun dibatalkan oleh aku sendiri..
Dengan alasan bahawa sepatutnya aku tak perlau kacau hal peribadi dia..
Dan seharusnya dia juga sebegitu..



Maka terlerai sudah perjanjian kami..
Sebenarnya, bukan tu pun apa yang aku fikirkan.. Aku just nak dia selesa berkawan dengan aku..
Sebab bila aku buat macam tu, ianya seolah-olah aku terlalu mendesak dan menyibuk hal peribadi dia.. Aku seharusnya hormat hal peribadi seorang wanita..

Kalau korang nak tahu, dah dua hari aku tak bertegur dengan dia.. Even, bila terselisih je aku buat tak tahu dan tak nak pandang dia.. Ye la.. Bukan dah tak nak kawan dengan dia tapi, erm.. Entah la.. Tak tahu nak cakap apa.. Harap FI faham apa yang aku cuba sampaikan..
'Berkaca' jugak ar mata aku di buatnya.. Mana taknya dah 2 minggu 2 hari tak jumpa..
Tak bercakap, tak dengar suara dia..
Nasib baik aku just minat dia.. Huh!

SERIUS, AKU DAH TAK TAHU NAK BUAT APA BILA BERHADAPAN DENGAN DIA!

Cukup sudah pasal FI.. Next story pulak pasal satu program ni.. Agak terkejut dan tertekan lah jugak.. Ye la, mana taknya.. Pasal kemenangan semua sanggup dibuat!
Bantahan, pertikaian dan talam dua muka.. Tapi, tu lantak mereka la..

ADA AKU KISAH
*ye, memang aku kisah!

Oh yeah!
Dah la dulu ye..
Nantikan episod kehidupan aku ye..



***************************************************************************************************************************************

Tuesday, 5 June 2012

JANGAN BACA!

Assalamualaikum semua..
Apa khabar.. Hah, dah lama dah burung merpati dari negara Diari Seorang Arjuna tak kirim sebarang beritakan.. Nak dengar ke berita terkini?
Kalau nak dengar berita terkini tontonlah TV3.. Sentiasa menyediakan berita yang terkini lagi berinformasi..

Okaylah.. Kalau dua entry yang lalu bercerita mengenai drama Winter Sonata & Artis Korea, kali ini kita terbang kembali ke Shah Alam, Selangor bagi mendengar cerita aku pulak.. Cuti dua minggu hampir melabuhkan tirainya but, aku tak ada pergi mana-mana lagi pun.. Just duduk dirumah, memutihkan kulit je.. 

Jangan tertipu! Duduk dirumah tak semestinya aku membaca buku..
Sememangnya tak..! Hahaha.. Tak, sebenarnya cuti dua minggu ni memang aku manfaatkan untuk rehat je.. Yela, sebelum cuti tiga minggu aku duduk exam pertengahan tahun.. Kononnya nak lepaskan tekanan..

Ada sekali je pergi ke Plaza Alam Sentral untuk main boling.. Aku & The Gang la pastinya.. Haritu jugak kami sempatlah menjenguk ke Promosi Jualan Di Kompleks PKNS yang dianjurkan oleh Program Usahawan Muda (PUM).. Ingat dapatlah jumpa member-member PUM yang lain.. Tapi tak pun.. 
Yang penting kami enjoy! Hahaha..

Lagi Satu tujuan utama kami keluar pada hari itu adalah untuk aku meluahkan segala yang terpendam kat dalam hati ni ha.. Kita orang gosip macam-macam.. Nak tahu? Daftar nama sebagai ahli GP.. Gossip Partner! Banyak benda la yang kami bincangkan.. Sambil main boling sambil bergossip..
Lagi-lagi dapat dua bungkus kacang dan sebungkus asam free dari Puan Zainah.. Bertambah kencanglah kami berborak.. Dah macam picnik kat pusat boling pun ada ha..
Okaylah..
Tu jer nak citer..

KITA JUMPA DI KONVENSYEN!

Saturday, 2 June 2012

VIRUS K-POP DALAM BLOG AKU!

Hah.. Assalamualaikum.. Amacam entry aku yang sebelum ni? Ada yang sedih lagi ke pasal entry aku yg lepas? Ayat bajet giler.. Okay, tak nak cakap banyak-banyak lagi..
Bak kata Puan Zainah, jangan cakap bersepah! Maksudnya, cakap tu hanya yamg perlu je.. Takut pulak ada yang blur-blur alam tak tau maksud sebenar jangan cakap bersepah..
Kalau entry sebelum ni citer pasal drama Korea, kali ni nak citer pulak pasal artis Korea yang kacak-akacak dan cantik-cantik belaka..
Maybe anda semua dah ada baca dalam blog lain, but kali ini adalah pada pandangan aku lah..
Bagi kategori Artis Lelaki Paling Kacak..
Calon-calonnya adalah..


1) Lee Min Ho

2) Si Won-Super Junior

3) Kim Hyun Joong

4) Hyunbin

5) Kim Bum

Bagi Kategori Artis Wanita Paling Cantik pula..
Calon-calonnya ialah..

1) Tiffany-SNSD

2) Yoona-SNSD

3) All Kara Members

4) All T-Ara Members

5) All After School Members

Okaylah.. Cukup kot..
Tak payah banyak-banyak sangat la.. Aku yang nak buat pemilihan pun pening..
Sebagai hadiah, aku tinggalkan korang dengan music video from my favourite group Super Junior, SNSD dan T-Ara..
Saksikanlah










SEMOGA TERHIBUR!